Huawei MediaPad M3 Dengan Sistem Audio Harman Kardon Kini Di Malaysia – Bermula RM1699

Bersama-sama pengenalan Huawei NOVA Plus untuk pasaran Malaysia, Huawei turut sama telah mula menawarkan tablet terkini mereka yang menyasarkan untuk menikmati kandungan multimedia, iaitu Huawei MediaPad M3.

Menjadi fokus utama Huawei pada peranti ini adalah sokongan audio daripada Harmon Kardon, mengatakan ia menawarkan audio berkualiti tinggi ketika pengguna menikmati kandungan melaluinya.

Huawei MediaPad M3 hadir dengan skrin bersaiz 8.4-inci pada resolusi 2K, dijana menggunakan cip Kirin 950, kamera belakang dan hadapan 8-megapixel, serta memori 4GB RAM.

Huawei mengatakan tablet ini dijana menggunakan bateri 5100mAh dan menawarkan masa memainkan video sehingga 11 jam lamanya. Tablet ini turut hadir dengan pelbagai aplikasi Microsoft Office terbina secara percuma.

Huawei MediaPad M3 dengan 32GB storan ditawarkan pada harga RM1699, sementara versi 64GB pula berharga RM1999. Ia turut hadir dengan jaminan tukar satu-ke-satu daripada Huawei Malaysia untuk beberapa kerosakkan.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: