Huawei Honor 3C Play Kini Rasmi – 5-inci, Kamera 8-MP, Dwi-SIM

Huawei sebelum ini telah mengatakan akan memperkenalkan peranti dibawah keluarga Honor yang baru, dan kini dilihat mereka telah pun memperkenalkan ia secara rasmi dibawah nama Huawei Honor 3C Play.

Huawei Honor 3C Play

Huawei Honor 3C Play dilihat sebagai versi peranti Huawei yang berharga lebih rendah berbanding Honor 3C asal. Huawei Honor 3C dijual pada harga RM499 di Malaysia, sementara Honor 3C Play ini membawakan tanda harga CNY599 (~RM307). Memandangkan pihak Huawei menjual terus melalui VMall, maka mungkin harga jualannya kelak tidak jauh berbeza dengan harga di China.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan MediaTek MT6582 1.3GHz empat-teras, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM. Apa pun, dari segi perisian, ia dilihat menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, dan dilengkapi dengan antaramuka Emotion UI.

Huawei Honor 3C sebelum ini sedia menerima permintaan tinggi dikalangan pengguna tempatan, dan tidak mustahil peranti ini juga akan mendapat permintaan tinggi sekiranya dihargakan dan dipasarkan dengan baik.

Nota: