Huawei Hadir Dengan Video Acah Untuk Pastikan Anda Nantikan Huawei Mate 10

Sepanjang bulan ini dan bulan hadapan, kita akan melihat sejumlah telefon pintar baru dilancarkan. Buat masa ini, kita telah melihat pelancaran Nokia 8, siri Asus Zenfone 4, dan minggu ini akan memperlihatkan pelancaran Galaxy Note 8. Selain daripada itu, iPhone baru turut akan hadir tidak lama lagi.

Pengenalan pelbagai peranti baru ini, mungkin membuatkan pengguna ingin mendapatkan telefon pintar baru. Memandangkan Huawei baru sahaja menjadualkan pelancaran mereka pada Oktober kelak, ia mungkin dilihat sebagai sedikit lambat untuk penawaran peranti flagship baru untuk pertengahan tahun kedua 2017 ini.

Untuk mengatasinya, kini Huawei telah hadir dengan video acah (teaser), memfokuskan kepada sokongan kamera, dan mengatakan ia sebagai peranti yang “berbaloi untuk anda nantikan”.

Video acah terbaru ini juga menekankan penggunaan dwi-kamera hasil kerjasama Leica – seperti apa yang telah diperkatakan pihak Huawei sebelum ini kepada kami.

Disamping kamera berjenama Leica, Huawei juga dijangka menggunakan Kirin 970 pada telefon pintar baru mereka akan datang ini, selain turut memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 16 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: