Huawei Berkongsi Pandangan Dan Visi Mengenai Dunia-Yang-Dihubungkan

Huawei Better Connected WorldDalam arena teknologi dan internet yang berkembang dengan pesat, semua pengeluar peranti memfokuskan kepada peranti-yang-dihubungkan dalam usaha memudahkan pengumpulan data dan rujukan dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna.

Berkongsi mengenainya pada hari ini, pihak Huawei berkongsi beberapa visi menarik syarikat berkenaan dalam dunia arena ICT yang sedang bergiat pesat hari ini.

Untuk makluman, bahagian telefon pintar di Huawei baru hadir sejak beberapa tahun yang lepas, namun dari segi peralatan telekomunikasi, ia bukanlah sesuatu yang baru. Di Malaysia sendiri, kebanyakkan syarikat mudah-alih menggunakan peralatan Huawei dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi mereka.

Bercakap mengenainya, dengan perkembangan pesat, kini mereka bersedia dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi masa-nyata, selain menyokong kelajuan pemindahan data yang lebih pantas berbanding sebelumnya.

Huawei Better Connected World

Huawei Better Connected World

Perkembangan teknologi sendiri memberikan kesan positif kepada pelbagai industri lain. Sebagai contoh, dengan perkembangan 4K, ia membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih kurang sama seperti berada dalam stadium ketika sesuatu perlawanan.

Huawei Better Connected World

Arena internet juga turut membantu dalam penyampaian pendidikan ke seluruh dunia. Sekiranya sebelum ini, pengguna perlu ke sesuatu lokasi untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengannya, menggunakan teknologi pengguna boleh mendapatkan ia pada bila-bila masa dan dari mana-mana.

Memberikan contoh mengenainya, Huawei mengatakan di Afrika, melalui penggunaan pendidikan melalui internet, pengguna berupaya mengurangkan kos pendidikan berbanding ke universiti, selain pada masa yang sama lebih ramai boleh menikmatinya dengan mudah.

Selain pendidikan, Huawei turut menyentuh berkaitan dengan kenderaan yang dihubungkan ke internet. Selain membolehkan pengguna mendapatkan beberapa data menarik, ia juga turut dikatakan membantu pihak insuran dalam mendapatkan beberapa data menarik. Perkara ini termasuk berkaitan dengan kaedah pemanduan seseorang pengguna, kadar kemalangan yang melibatkan sesuatu jenama kenderaan, kadar kemalangan di sesuatu jalan raya dan sebagainya. Perkara ini mungkin boleh digunakan dalam memberikan amaran berkaitan kepada pengguna dan menggunakannya untuk pelbagai perkara lain.

Huawei Better Connected World

Huawei Better Connected World

Huawei turut menyentuh berkaitan beberapa perkara pada masa akan datang. Huawei meramalkan menjelang tahun 2025 kelak, dunia akan mempunyai lebih daripada 8 bilion pengguna telefon pintar, dan lebih daripada 100 bilion terminal yang dihubungkan ke internet. Perkara ini akan memperlihatkan lebih banyak peranti dan peralatan yang digunakan harian dihubungkan ke internet, sekaligus memudahkan pengguna mengaksesnya dan mengikuti data berkaitan dengan mudah.

Huawei Better Connected World

Huawei Better Connected World

Nota: