Huawei Ascend P7 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1499

Telefon pintar Huawei Ascend P7 dilancarkan di Malaysia secara rasminya pagi tadi. Peranti berskrin 5″ HD Penuh ini diperkasakan pemproses 1.8 GHz empat teras dari keluarga HiSilicon Kirin 910T. Ia turut dilengkapi RAM sebesar 2 GB, muatan dalamam sebesar 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD, kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 8 Megapixel. Kemasan kaca digunakan pada bahagian depan dan belakang peranti bagi memberikan rupa yang premium. Dari segi rekaan ianya tidak banyak berubah dari Huawei Ascend P6 yang muncul tahun lalu.  Pada bahagian kiri kanan peranti terletak butang suara dan kuasa. Pada sisi yang sama terdapat slot untuk kad MikroSIM serta kad MikroSD. Slot ini ialah dari jenis yang memerlukan anda mencucuk jarum untuk menariknya keluar. Slot Mikro USB terletak pada bahagian bawah peranti dan sebuah jack fon kepala terletak pada bahagian atas.  Dengan ketebalan 6.5 mm Huawei mendakwa Ascend P7 ialah telefon LTE ternipis yang ada dipasaran. Terdapat 2 pilihan warna setakat ini iaitu hitam dan putih. Terdapat variasi warna merah jambu yang akan muncul pada masa terdekat. Huawei Ascend P7 kini sudah berada dipasaran dengan harga saranan RM 1499.

huawei-P7-Launch2

 

Nota: