Huawei Ascend G6 Mula Dijual Pada Harga RM 749

Selain Ascend P7, Huawei turut melancarkan telefon pintar Ascend G6. Ia mempunyai skrin 4.5″ LCD . pemproses 1.5 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte. Ia menyokong penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte dengan menggunakan kad MikroSD. Kamera utama peranti yang menggunakan Android Jelly Bean ini ialah 8 Megapixel manakala kamera hadapan pula 5 Megapixel. Resolusi video yang diambil dihadkan kepada 720P sahaja. Antaramuka Emotion UI 2.0 Lite digunakan sama seperti yang ada pada Huawei Honor 3C yang kami ulas baru-baru ini. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan peranti manakala slot Mikro SIM dan slot Mikro SD terletak pada bahagian kiri.  Kapasiti bateri pula hanyalah 2000 mAh. Dua model dibawa masuk oleh Huawei di Malaysia. Versi 3G dijual pada harga RM 749 manakala LTE pula RM 899. Kami difahamkan terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam. putih dan merah jambu.  Sekiranya anda berminat Ascend G6 dijual di pasaran tempatan bermula hari ini.

huawei-G6

Nota: