Huawei Ascend G6 Dengan Sokongan Rangkaian 4G LTE Diperkenalkan

Menjadi fokus utama pada acara pengenalan produk Huawei adalah salah satu telefon pintar mereka dengan skrin bersaiz 4.5-inci, iaitu Huawei Ascend G6 4G.

Huawei Ascend G6 4G ini menggunakan skrin dengan paparan qHD 960×540 pixel, cip pemproseesan empat-teras 1.2HGhz, bateri berkapasiti 2000mAh, dilengkapi kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 8-megapixel AF BSI f/2.0.

Huawei Ascend G6 4G

Seperti beberapa peranti Android sebelum ini, Huawei Ascend G6 4G ini menggunakan antaramuka Emotion UI 2.0, dimana ia menyertakan beberapa fungsi baru dan pilihan sehingga 1000 tema percuma. Beberapa fungsi lain termasuk sokongan NFC untuk tujuan pembayaran, dan “One Key Scan” untuk beberapa fungsi pantas menggunakan peranti ini.

Fungsi “Voice Photo” turut disertakan, membolehkan rakaman gambar dengan audio selama 10 saat disimpan dan dikongsikan dengan rakan lain.

Huawei Ascend G6 4G ini bakal ditawarkan bermula bulan April kelak dalam pilihan warna putih, hitam, dan juga emas. Harga dan tarikh pelancaran rasmi di Malaysia tidak diketahui lagi.

Nota: