HTC Sense 6 Membawakan Beberapa Penambahan Fungsi Baru

Bersama-sama dengan pengenalan HTC One M8, pihak HTC turut mengemaskini penawaran antaramuka mereka, dimana kini ia dipanggil HTC Sense 6. Salah satu fokus utama pada Sense 6 adalah bahagian BlinkFeed.

HTC BlinkFeed kini membawakan lebih banyak kandungan daripada penerbit seluruh dunia. Ia dikatakan lebih daripada 1 bilion artikel telah dibaca melaluinya sehingga kini dan mempunyai lebih kurang 5.7 juta pengguna aktif sehingga bulan Januari 2014 lepas.

HTC_one_M8_12

Disamping itu, beberapa rakan kerjasama baru turut diperkenalkan, dan salah satunya adalah FourSquare. Integrasi feed dari laman sosial turut disertakan, selain daripada statistik semasa sukan pada Sense 6 ini.

Fungsi baru dinamakan sebagai MotionSense turut disertakan, yang mana membolehkan pengguna dwi-tap pada skrin untuk mengaktifkannya tanpa perlu menekan butang kuasa.

Bahagian kamera turut dilihat menerima kemaskini, termasuk pada aplikais galeri daripada HTC. Pihak HTC turut mengatakan mereka akan membuka API untuk para pembangun, membolehkan mereka menambah beberapa fungsi baru pada aplikasi kamera HTC.

Pihak HTC turut menyentuh berkaitan dengan bateri yang dibawakan HTC M8, mengatakan ia menawarkan masa penggunaan lebih 40% lebih lama berbanding model tahun lepas. Ini berkemungkinan dijayakan oleh pengoptimasian pada HTC Sense 6 dan juga penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 801.

Ia tidak diumumkan lagi berkenaan bilakah kemaskini Sense 6.0 akan hadir ke peranti sedia ada. Mengikut beberapa spekulasi, ia dijangka hadir ke HTC One (2013) sekitar bulan Mei atau Jun kelak.

Nota: