HTC One Mini Kini Di Malaysia Pada Harga RM1699

HTC Malaysia hari ini berkongsi mengenai salah satu peranti terbaru mereka yang mula ditawarkan di pasaran Malaysia, iaitu HTC One Mini. Ia membawakan rekaan seumpama peranti popular HTC One, tetapi pada saiz lebih kecil.

Dari segi spesifikasi, HTC One Mini membawakan cip pemprosesan 1.4GHz Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan 720p, memori sebanyak 1GB RAM, dan dilengkapi dengan kamera belakang 4-UltraPixel.

Fungsi popular HTC, seperti Blinkfeed, HTC Zoe dan juga BoomSound turut hadir pada peranti ini.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna Silver dan juga hitam pada harga RM1699.

Nota: