HTC One E8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1699

HTC Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka – HTC One E8, yang mana membawakan ciri-ciri premium pada peranti dengan harga yang lebih rendah berbanding HTC One M8 sebelum ini.

Salah satu perbezaan ketara antara kedua-dua telefon pintar HTC sebelum ini adalah bahan binaan berasaskan polikarbonat, disamping perubahan pada bahagian kamera – yang mana HTC One E8 menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang berbanding Ultrapixel pada One M8.

HTC One E8

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan sokongan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan bersaiz 16GB (dengan tambahan mikro-SD), sokongan LTE, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Fungsi-fungsi popular dari segi perisian HTC Sense 6.0 yang terdapat pada HTC One M8 turut dikekalkan pada HTC One E8 ini, termasuk dari segi Blinkfeed, BoomSound, serta sokongan Dot View Case.

Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1699 melalui para pengedar rasmi HTC, dan ditawarkan pada warna putih dan juga kelabu pada peringkat pengenalan ini. HTC Dot View Case pula ditawarkan pada harga RM149 untuk One E8.

Nota: