HTC One A9s Dijangka Diperkenalkan Pada IFA 2016

Pada IFA 2016 yang bakal berlangsung pada awal September ini, sejumlah syarikat teknologi bakal menghadirkan diri dan memperkenalkan produk baru mereka. Kini, mengikut laporan baru, HTC turut dijangka menghadirkan diri dan bakal memperkenalkan kemaskini kepada peranti HTC One A9 sebelum ini.

Ia dikatakan bakal dikenali dengan nama HTC One A9s, dan membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti generasi sebelumnya. Spesifikasi penuh untuknya masih menjadi misteri, dan HTC dijangka akan memperkenalkannya pada 1 September 2016 ini.

Bagi yang tidak mengingati HTC One A9, ia merupakan salah satu peranti yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan ketika pengenalannya, HTC menjanjikan kemaskini pantas Android untuknya. Namun, HTC gagal untuk menawarkan kemaskini pantas untuknya, dan lebih tertumpu terhadap HTC 10 – melalui apa yang dikongsikan mereka baru-baru ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: