HTC Mengemaskini Harga Jualan Peranti Mereka Di Pasaran Malaysia

Harga Baru Peranti HTC
HTC Butterfly SRM2099
HTC One 32GB EmasRM2199
HTC One 32GBRM1999
HTC One MiniRM1499
HTC One MaxRM2399
HTC Desire 601RM1099
HTC Desire 500RM859
HTC Desire 300RM699
HTC Desire 200RM449

HTC Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini untuk harga jualan beberapa telefon mereka, dimana ia dikurangkan untuk beberapa ratus ringgit berbanding harga jualan sebelum ini.

Secara kasarnya, boleh dikatakan perubahan harga adalah sekitar antara RM50 hingga ke RM200. Untuk HTC One, ia dilihat pihak HTC telah mengurangkan sebanyak RM200 untuk warna lama, tetapi sebaliknya untuk warna “emas” yang mula dijual awal tahun ini ia masih mengekalkan harga lama.

Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin sedia maklum yang mana ia adalah harga saranan jualan (RRP) daripada pihak HTC. Berkemungkinan terdapat beberapa penjual yang sedia menawarkannya pada harga tersebut sebelum ini dan mungkin kita akan melihat ia ditawarkan dengan harga lebih rendah selepas ini.

Nota: