HTC Memperkenalkan HTC One Mini 2 Secara Rasminya

Setelah pelbagai gambar dan info tertiris sebelum ini, hari ini pihak HTC secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang bersaiz mini, iaitu HTC One Mini 2.

HTC One Mini 2

HTC One Mini 2 membawakan rekaan yang menyerupai keluarga One, tetapi membawakan skrin bersaiz 4.5-inci pada resolusi 720p, serta tidak menyertakan pelbagai fungsi khusus seperti terdapat pada HTC One M8.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.2Ghz Snapdragon 400, kamera belakang 13-megapixel, bateri berkapasiti 2100mAh, dan turut hadir dengan sokongan mikro-SD.

HTC One Mini 2

HTC One Mini 2

Ia turut menggunakan Android 4.4 KitKat, serta dilengkapi antaramuka Sense 6.0 padanya. Fungsi seperti BoomSound, Blinkfeed dan juga Zoe dikekalkan pada peranti ini.

HTC mengatakan peranti HTC One Mini 2 ini bakal ditawarkan bermula bulan Jun ini.

Nota: