HTC Dilaporkan Mungkin Membatalkan Perancangan Untuk Jam Tangan Pintar

Sepanjang minggu ini, pelbagai syarikat telah memperkenalkan jam tangan pintar masing-masing, termasuk Asus, LG, Samsung, Motorola dan sebagainya. Namun, salah satu jenama yang dinantikan ramai sehingga kini adalah HTC.

Mengikut laporan terbaru, HTC dikatakan telah meninggalkan perancangan jam tangan pintar mereka buat masa ini. Perkara ini berkemungkinan kerana mereka ingin mencari salah satu perkara yang unik dan menawarkan ia bersama-sama jam tangan pintar mereka kelak.

Apa pun, ini boleh dikatakan sekadar desas-desus awal,dan berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Sebelum ini, pihak HTC mengatakan mereka mempunyai sesuatu yang menarik untuk diperlihatkan sekitar bulan Oktober kelak, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh mereka kelak.

Nota: