HTC Dikatakan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Muzik Pada Pertengahan Pertama 2014

HTC RezoundBagi semua peminat HTC, mungkin sedia maklum yang mana pengeluar telefon dari Taiwan berkenaan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan HTC M8 ataupun HTC One 2014 pada bulan Mac kelak. Selain itu, mereka juga mempunyai beberapa peranti lain dijangka akan diperkenalkan dalam sebulan dua lagi.

Antaranya adalah HTC One 2014 Mini, HTC Desire 8, dan kini dikatakan pihak HTC akan turut hadir dengan sebuah telefon pintar memfokuskan muzik pada pertengahan tahun ini.

Maklumat ini tertiris dan hadir daripada @evleaks yang sedia berkongsi pelbagai info sebelum ini berkaitan arena telefon pintar dan gajet.

Maklumat berkenaan dengan telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia akan memfokuskan muzik, maka semestinya kita akan dapat melihat sokongan audio yang baik. Memandangkan HTC dan Beats telah menamatkan kerjasama, semestinya ia sesuatu yang dinantikan untuk melihat bagaimanakah pihak HTC akan menarik peminat muzik menggunakan peranti terbaru mereka itu kelak.

Nota: