HTC Bolt – Peranti Seumpama HTC 10 Dengan Saiz Kompak Dan Mungkin Tanpa Bicu Audio?

HTC baru-baru ini telah memperkenalkan HTC Desire 10 untuk pasaran global, dan selain daripadanya, mereka dilihat mempunyai satu lagi peranti untuk diperkenalkan, iaitu HTC Bolt. Berbeza dengan tekaan ramai yang inginkan peranti kemaskini untuk HTC Thunderbolt sebelum ini, HTC Bolt dilihat adalah lebih kepada peranti HTC 10 bersaiz mini.

Dari segi rekaan, ia sedikit menyerupai HTC 10, tetapi membawakan sedikit perubahan, termasuk kedudukan lampu LED belakang. Pada masa yang sama, daripada gambar yang dikongsikan @evleaks, spekulasi hadir mengatakan ia mungkin tidak menyertakan bicu audio – salah satu langkah yang dilihat dipopularkan oleh Apple melalui iPhone 7.

Buat masa ini, kesahihannya tidak diketahui lagi, dan mungkin akan terjawab dalam masa terdekat ini. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan peranti HTC 10 bersaiz kompak ini?

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: