HTC Bakal Menawarkan Aplikasi HTC Zoe Kepada Pengguna Peranti Lain Pada Minggu Ini

HTC boleh dikatakan menerima saingan yang hebat daripada pelbagai pengeluar lain. Boleh dikatakan mereka sering hadir dengan peranti dengan rekaan dan kualiti yang baik, tetapi pemasaran yang dibuat adalah agak kurang berbanding pengeluar lain.

HTC Zoe

Mungkin sebagai alternatifnya, kini pihak HTC ingin menawarkan aplikasi mereka kepada pengguna peranti lain – sekaligus mereka boleh merasakan beberapa perkara yang dibawakan oleh HTC Sense yang hadir bersama-sama peranti HTC.

Salah satu aplikasi daripada mereka, HTC Zoe dikatakan akan ditawarkan kepada pengguna peranti Android lain bermula minggu ini. HTC Zoe membolehkan pengguna memilih beberapa klip rakaman mereka, memilih tema video yang bersesuaian, dan seterusnya menambah muzik serta menerbitkan video tersebut.

HTC Zoe akan menjadi aplikasi pertama yang ditawarkan kepada pengguna peranti jenama lain, sekaligus menjadi produk pertama daripada HTC Creative Labs untuk pengguna lain.

Pengenalan aplikasi ini sekaligus akan menjadikan langkah awal pihak HTC untuk menyertai arena penawaran aplikasi. Mungkin juga sekiranya ramai yang menggunakannya, HTC Zoe akan menjadi sebuah aplikasi sosial tersendiri. Apa pun, boleh dikatakan ia agak sukar untuk bersaing dengan beberapa aplikasi video lain, terutamanya Vine dan juga Instagram.

Jadi, apa pendapat anda terhadap langkah HTC untuk menerbitkan aplikasi mereka untuk digunakan oleh pengguna peranti lain?

Nota: