HTC Akan Mengurangkan Jumlah Peranti Baru Kepada Separuh Tahun Ini Berbanding 2016

HTC ialah nama yang cukup gah suatu ketika dahulu dan mereka pengeluar pertama yang menghasilkan peranti Android dengan HTC Dream pada tahun 2008. Peranti keluaran mereka terkenal dengan binaan yang berkualiti dan pelancar Sense membawakan fungsi yang unik berbanding Android stock. Tahun lalu mereka melancarkan 12 peranti baru. Pada tahun 2017 mereka akan melancarkan sehingga tujuh peranti sahaja.

Ini disahkan sendiri oleh Chialin Chang, presiden bahagian perniagaan peranti pintar dan berhubung HTC apabila ditemuramah wartawan Endgadget. Dengan pengurangan jumlah produk baru HTC berharap akan dapat menumpukan kepada fungs-fungsi baru sekaligus menjadikan peranti mereka lebih kompetitif di pasaran. Sementara itu bagi mereka yang mahukan peranti gantian kepada HTC 10, ia akan hadir tahun ini dan besar kemungkinan menggunakan pemporses Snapdragon 835 yang lebih berkuasa.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: