HTC Akan Menawarkan Lebih Banyak Peranti Spesfikasi Pertengahan Pada Harga Lebih Rendah

Dalam arena pengeluaran peranti mudah-alih, HTC boleh dikatakan sering berhadapan dengan persaingan sengit daripada syarikat lain. Untuk tahun ini, dalam usaha untuk terus menambahkan pendapatan syarikat mereka, HTC dikatakan akan menawarkan lebih banyak peranti mudah-alih pada harga rendah.

Ia dikatakan peranti mudah-alih ini akan membawakan spesifikasi pertengahan. Pada tahun lepas, HTC dilihat lebih memfokuskan kepada pemasaran HTC One mereka sahaja, sebaliknya peranti spesifikasi pertengahan lain yang ditawarkan dilihat membawakan harga yang agak tinggi berbanding jenama lain.

Pengenalan peranti pada harga lebih rendah ini akan membolehkan mereka bersaing di negara-negara membangun terutamanya, apatah lagi dengan rekaan peranti HTC yang lebih menarik perhatian ramai berbanding pengeluar lain.

Mungkin selang beberapa bulan selepas HTC M8 diperkenalkan, kita akan dapat melihat beberapa peranti lain daripada HTC dengan spesifikasi dan harga lebih rendah.

Nota: