HP Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Membawakan Rekaan Yang Agak Menarik

Dengan pelbagai pengeluar menyertai arena jam tangan pintar, pihak HP turut tidak ingin ketinggalan, dan dilihat bekerjasama dengan pihak Gilt untuk mereka-bentuk jam tangan pintar mereka.

Daripada pengumuman kerjasama kedua-dua pihak, Gilt dilihat akan membuat rekaan jam tangan pintar melalui Michael Bastian, sementara pihak HP akan menguruskan bahagian teknologi untuk peranti berkenaan.

HP Gilt Smartwatch

HP Gilt Smartwatch

Jam tangan pintar ini dikatakan boleh digunakan bersama-sama peranti iOS dan juga Android melalui sebuah aplikasi khusus untuknya. Fungsi-fungsi popular seperti melihat notifikasi, mengawal muzik, melihat SMS dan emel, serta pelbagai perkara lain turut akan hadir pada peranti ini.

Apa pun, maklumat berkaitan dengan harga dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui – termasuk dari segi spesifikasi.

Sementara menantikannya, apa kata anda berkenaan dengan rekaan jam tangan pintar yang bakal dikeluarkan oleh HP ini?

The post HP Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar – Membawakan Rekaan Yang Agak Menarik appeared first on Amanz.

Nota: