Horizon : Selamat Tinggal Kepada Sindrom Video Menegak

Angkat tangan anda setinggi yang mungkin sekiranya anda jengkel dengan fenomena video menegak yang semakin kronik epidemiknya di laman YouTube. Angkat tangan anda sebelah lagi sekiranya anda mahukan sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengambil video mendatar walaupun ketika peranti dipegang pada posisi menegak.

Horizon ialah aplikasi IOS yang akan menyelesaikan masalah video menegak dan membolehkan anda menurunkan tangan anda sekarang. Apa yang kami rasakan menarik ialah Horizon akan memastikan video yang diambil akan sentiasa mendatar walaupun kamera digerakkan dari posisi menegak ke mendatar ketika direkodkan. Penggunaan sensor giroskop yang pintar dari pembangun aplikasi ini. Kepada yang berminat Horizon boleh dimuat turun di Appstore dan dijual pada harga USD 1. Buat masa ini versi Android masih belum dihasilkan.

Horizon mengingatkan kami kepada artikel Techtroll yang pernah kami tulis pada tahun 2011. Tidak kami sangka sebuah lagi berita yang kami tulis sebagai parodi akhirnya menjadi realiti. Sebelum ini artikel Techtroll mengenai kamera digital menggunakan sistem operasi Android juga menjadi realiti. Mungkin esok kami akan menulis artikel TechTroll bertajuk “iPhone akan dijual pada harga USD 10 sebuah”. Insyallah jika anda bernasib baik, berita palsu ini juga akan menjadi realiti sekali lagi.

horizon 1

Nota: