Honor 8 Dalam Warna Sakura Pink Kini Ditawarkan Di Malaysia

Di negara yang mempunyai empat musim, bulan ini ialah menandakan permulaan musim bunga. Sekiranya anda ke Jepun, China dan Korea Selatan bunga Sakura mula berkembang dengan indahkan. Selari dengan itu pihak Honor mula menawarkan Honor 8 dengan pilihan warna Sakura Pink untuk pasaran tempatan.

Honor 8 Sakura Pink dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD 1080P, diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 950 dan dipadankan pula dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 64 Gigabyte. Dwi-kamera 12-Megapixel digunakan pada kamera utama dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Harga jualan Honor 8 Sakura Pink ialah RM 1899 dan ditawarkan dalam masa yang terhad di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: