Honor 5A Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM599

Bersama-sama pengumuman Honor 8, pihak Honor Malaysia turut mengambil peluang untuk memperkenalkan satu lagi produk mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 5A.

Honor 5A merupakan peranti berspesifikasi pertengahan-rendah daripada pihak Honor, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD pada resolusi 1280×720 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 620, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Menjana peranti ini adalah sistem operasi Android 6.0 dengan antaramuka EMUI 4.1.

Pihak Honor Malaysia menawarkan dua variasi pilihan, iaitu warna hitam dan putih pada harga RM599, sementara warna emas pada harga RM629. Honor 5A akan mula dijual di Malaysia bermula 20 September 2016 ini.

Honor 5A

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: