Hobi Terbaru Jadi Trend Anak Muda Masa Kini?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Hobi Terbaru Jadi Trend Anak Muda  | Kalau zaman admin dulu admin main kereta remote control, sekarang ni remote control kembali dengan bot pula. Hobi Terbaru Anak Muda Gong Badak bermain Remote Control Boat boleh dikatakan menyeronokkan, jom baca berita penuh :

Hobi Terbaru Jadi Trend Anak Muda

GONG BADAK – Harga bot kawalan jauh boleh cecah hingga RM3,000! Namun disebabkan minat yang mendalam peminatnya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak itu.

Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang beranggapan permainan itu hanya untuk golongan berada, tetapi pendapat itu disangkal penggemar permainan alat kawalan jauh dengan mendakwa mereka hanya keluar belanja besar sekali sahaja.

Manakala, kos untuk sukan berkenaan tidaklah tinggi seperti mana permainan alat kawalan jauh lain yang memerlukan kos penyelenggaraan besar, tetapi tidak bagi sukan tersebut.

Menurut Presiden Kelab RC Power Boat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu, Roslan Ali, bagi mereka yang belum mengenali sukan berkenaan, mungkin jumlah RM3,000 untuk membeli sebuah bot itu dianggap mahal tetapi sebenarnya ia tidak seperti mana difikirkan.

“Permainan bot kawalan jauh ini sukan mampu disertai semua orang.

“Kosnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan sukan alat kawalan jauh lain kerana ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya mempunyai seramai 25 orang ahli yang aktif dan tasik di SSMZA merupakan lokasi rasmi untuk menjalani latihan, malah turut dijadikan tempat untuk mengadakan pertandingan.

“Persatuan turut berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan sekarang ini kita sedang rancak untuk mempromosikan sukan ini kepada masyarakat di negeri ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan,” katanya.

Sementara itu, bagi Ong Tian Chee, 58, dia sama sekali tidak menyangka bermula dengan minat anak bongsunya, Ong wei Chueng, 24, terhadap sukan berkenaan akhirnya turut menarik kesemua anak lelakinya.

Lebih menarik lagi, mereka turut mempunyai pasukan tersendiri iaitu Ong’s Brothers Team yang disertai seramai lima beranak termasuk dirinya.

“Pada awalnya anak saya yang bongsu berminat dengan sukan bot kawalan jauh ini dengan beli bot yang murah dan kami pada awalnya hanya memberikan sokongan, namun melalui penglibatan secara langsung ini turut menarik minat kami.

“Malah, dari sebuah bot yang dibeli dengan harga yang murah sebelum ini, kami telah mempunyai sebanyak tujuh buah bot, di mana harga yang paling mahal adalah RM6,000,” katanya yang mengakui anak-anaknya juga mempunyai kepakaran untuk membaiki sendiri bot jika ada masalah.

Katanya lagi, melalui sukan yang boleh disertai seluruh ahli keluarga itu juga turut mempunyai nilai yang sangat positif khususnya membina hubungan yang lebih akrab dalam kalangan keluarga.

“Kami bukan sahaja bersatu ketika dalam keluarga, malah turut mempunyai pasukan tersendiri,” katanya.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Hobi Terbaru Jadi Trend Anak Muda Masa Kini?
Beki Mustaffa

Nota: