Hidup Semula Ketika Hendak Bedah Siasat

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Hidup Semula Ketika Hendak Bedah Siasat | Tiada yang mustahil untuk Allah lakukan apa sahaja, orang yang telah disahkan mati oleh doktor jugak boleh hidup semula dengan kuasa Allah. Apa apa pun jom sama sama kita ikuti pengalaman pakcik ini :

Hidup Semula Ketika Hendak Bedah Siasat

KUALA LUMPUR – “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.

image19 Hidup Semula Ketika Hendak Bedah Siasat

Mayat hidup semula
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.

Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala. – Harian Metro

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Hidup Semula Ketika Hendak Bedah Siasat
Beki Mustaffa

Nota: