am@hmetro.com.my
Port Dickson: KPDNKK akan mengeluarkan garis panduan penjualan `power bank’ bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata garis panduan itu menekankan kepada aspek keselamatan supaya produk yang dijual di pasaran mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Kita (KPDNKK) meminta penjual memberi jaminan terhadap produk berkenaan dalam tempoh tertentu, yang mana jika berlaku kerosakan penjual perlu mengantikan yang lain.
“Ia akan memudahkan pengguna untuk memeriksa terlebih dahulu `power bank’ yang mahu dibeli bagi memastikan alatan itu mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Telok Kemang di Institut Latihan FAMA, di sini.
Sehingga ini, katanya, pihaknya menerima tiga kes berkaitan pengecas mudah alih berkenaan.

Port Dickson: KPDNKK akan mengeluarkan garis panduan penjualan `power bank’ bagi mengelak kejadian tidak diingini.





Widget not in any sidebars