Harga Jualan HTC U Ultra Menerima Potongan Harga RM 400

HTC U Ultra dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Februari yang lalu pada harga RM 2999. Hari ini pihak HTC Malaysia mengumumkan potongan harga sebanyak RM 500 ke atas peranti yang dilengkapi dengan dua skrin ini. Bagi pengguna yang telah membeli U Ultra sebelum potongan harga diumumkan, mereka bakal menerima sebuah Re Camera dan produk premium edisi terhad sebagai ganjaran kerana menyokong produk keluaran HTC.

HTC U Ultra menawarkan peranti berskrin 5.7-inci pada resolusi QHD, cip pemprosesan Snapdragon 821, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB. Ia juga menyertakan sensor 12MP f/1.8 OIS untuk kamera utama dan sensor 16MP f/1.8 untuk kamera hadapan. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB Type-C.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: