Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014

Fuh.

perodua axia Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014
axiavariant comparison Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014
specs axia Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014

My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014 | Umum mengetahui, PERODUA telah mengeluarkan kereta model baru kompak bagi menggantikan kereta PERODUA Viva yang telah dihentikan pengeluarannya. Model terbaru ini diberi nama PERODUA Axia yang kesemuanya mempunyai enjin berkapasiti 1.0 liter.

Dengan harga serendah RM24,600 pastinya bakal memberikan impak positif dan persaingan hebat dikalangan kereta kompak yang lain sama ada kereta nasional mahupun kereta import. Dengan harga mampu milik ini serba sedikit dapat mengurangkan beban rakyat memiliki kereta dengan hutang yang kurang.

Bagi spesifikasi penuh pula harga maksimum adalah RM42,530. Perodua Axia ditawarkan dalam empat varian kesemuanya, bermula dengan varian asas Standard E yang didatangkan dengan transmisi tunggal manual, manakala varian Standard G dan SE (Special Edition) kedua-duanya tersedia pilihan transmisi manual dan automatik. Varian teratas Advance pula hanya dilengkapi transmisi automatik.

perodua axia Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014

Semua Variant Perodua Axia menggunakan enjin 1KR-DE2 : 1.0L (989 cc), 66 PS (48 kW) pada 6000rpm serta 87 Nm (63 lb·ft) of torque at 3600rpm. Saiznya pula adalah 3,640 mm panjang, 1,620 mm lebar and 1,510 mm tinggi.

Apa yang lebih menarik adalah keempat-empat varian PERODUA Axia ini dilengkapi enjin bersesaran 1.0 liter yang sangat cekap dan ekonomi, sehinggakan model itu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama negara. Bagi transmisi manual Axia dikatakan mampu dipandu sejauh 21.6 km bagi setiap liter petrol, manakala transmisi automatiknya mampu mencatatkan bacaan sehingga 20.1 km per liter petrol.

Perodua Axia mudah dikendalikan serta menjanjikan prestasi yang memuaskan dengan penjimatan bahan api yang mengagumkan disamping mesra alam sekitar. Perodua Axia juga didatangkan dengan jaminan 5 tahun bagi semua varian dengan tahap keselamatan 4 bintang Asean NCAP rating.

Dengan memiliki keluasan dalaman yang agak luas dan ruang but seluas 260 liter pastinya memberikan keselesaan dan memudahkan perjalanan.

Pilihan warna Perodua Axia mengikut varian

axiavariant comparison Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014

  • Standard E : Ivory White, Glittering Silver
  • Standard G : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Cherry Blossom, Lemon Grass Green
  • Special Edition (SE) : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Sun Flower Yellow, Lava Red
  • Advanced (AV) : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Sun Flower Yellow, Lava Red

**WARNA BARU!! : Cherry Blossom, Lemon Grass Green, Sun Flower Yellow, Lava Red.

P/S – SEMUA warna adalah metallic kecuali warna Ivory White & Sun Flower Yellow.

HARGA TERKINI PERODUA AXIA

  • Perodua Axia Standard E (M/T) : RM24,600.00 (Solid) RM25,000.00 (Metalik)
  • Perodua Axia Standard G (M/T) : RM29,800.00 (Solid) RM30,200.00 (Metalik)
  • Perodua Axia Standard G (A/T) : RM32,800.00 (Solid) RM33,200.00 (Metalik)
  • Perodua Axia SE (M/T) : RM36,800.00 (Solid) RM37,200.00 (Metalik)
  • Perodua Axia SE (A/T) : RM39,800.00 (Solid) RM40,200.00 (Metalik)
  • Perodua Axia Advance (A/T) : RM42,130.00 (Solid) RM42,530.00 (Metalik)

SPESIFIKASI RINGKAS PERODUA AXIA 1.0

specs axia Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014

Dengan hadirnya Perodua Axia ini, pengguna Viva pastinya agak jelous dan rasa sedikit rugi, tambahan pula yang baru beli Perodua Viva sebelum keluarnya model Perodua Axia ni. Betu tak? Hehe

Maklumat lebih lanjut – Perodua Axia SpecsPerodua Axia Harga

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia 2014
Dr Fuh

Nota: