Hanya dua sukarelawan WBG dibebaskan

Utama

mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hanya dua daripada 13 sukarelawan Women’s Boat to Gaza (WBG) dibebaskan tentera Israel selepas hampir 24 jam mereka ditahan.

Menurut Freedom Flotilla Coalition (FFC), mereka yang sudah dibebaskan ialah wartawan Al Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Russia.

Seramai 11 lagi ahli misi, termasuk wakil tunggal Malaysia Dr Fauziah Mohd Hasan masih ditahan di pusat tahanan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Kumpulan peguam hak asasi manusia yang memberi jaminan aspek perundangan dalam misi WBG pula dilaporkan sedang berusaha berhubung dengan 11 ahli misi lain untuk membebaskan mereka.

Sementara itu, Portal Quds News Network melaporkan semua aktivis itu akan dihantar pulang ke negara masing-masing namun tidak memaklumkan tarikhnya.

Lapal kapal Zaytouna-Olive yang membawa sukarelawan wanita itu dipintas tentera laut Israel kira-kira 42 batu nautika dari pantai Gaza sebelum dipaksa ke pelabuhan Ashdod malam tadi waktu Malaysia,

Image: 
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Hanya dua daripada 13 sukarelawan Women’s Boat to Gaza (WBG) dibebaskan tentera Israel selepas hampir 24 jam mereka ditahan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: