Hang Jebat jadi Hijau Kuning

Utama

mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Warna Hijau Kuning sudah ‘menawan’ Stadium Hang Jebat, sejak kira-kira 3 petang ini.

Biarpun PDRM menjadi tuan rumah perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia, malam ini, difahamkan penyokong Kedah sejak awak pagi suah berkampung di perkarangan stadium.

Malah, gerai cenderamata kebanyakannya lebih banyak menjual barang cenderamata buat penyokong Lang Merah.

Syafiq Mat Rosli, 28, dari Sungai Petani, berkata dia bersama 18 lagi rakan bertolak dari Kedah menaiki 5 kereta awal pagi tadi, tidak sabar menantikan perlawanan bermula.

“Lima jam perjalanan tidak terasa kerana kami bersemangat mahu melihat Kedah ke final.

“Kami yakin penyokong Kedah akan membanjiri stadium malam ini sekali gus mewujudkan suasana seperti di tempat sendiri,” kata Syafiq.

Sementara itu, penyokong setia Kedah yang kini menetap di Johor Mohamad Faizal Che Darus, 34, berkata, dia jarang melepaskan peluang menyaksikan skuad Hijau Kuning beraksi di stadium.

“Kalau Kedah final, saya tetap akan pergi walaupun jauh,” katanya.

Dia membawa dua anak perempuan Puteri Nur Fatin Damiya,9, dan Dea Qurratu Ain, 6, berada di perkarangan stadium sejak pagi ini.

Mohd Zuki Md Zain, 46, yang juga datang dari Kedah bertandang ke Stadium Hang Jebat untuk menyokong skuad PDRM.

“Kalau Kedah melakukan kesilapan, PDRM akan menang dan ke final, katanya.

Begitupun, katanya, diharapkan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi terbaik dan menghiburkan penyokong yang hadir.

Difahamkan, lebih 7,000 tiket untuk penyokong sudah terjual.

Image: 
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Warna Hijau Kuning sudah ‘menawan’ Stadium Hang Jebat, sejak kira-kira 3 petang ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: