Hampir 18,000 Pengguna Dilaporkan Tertipu Dengan Perkhidmatan P1 WiMAX

P1 WiMAX merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet, yang menggunakan teknologi WiMAX. Pada tahun lepas, mereka telah mengalami beberapa perubahan, termasuk perubahan pada CEO dan juga turut mengalami pelbagai masalah dengan pengguna.

Salah satu masalah yang hangat dikatakan sejak beberapa minggu yang lepas adalah berkenaan dengan ramai pengguna perkhidmatan P1 yang berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitamkan oleh CTOS.

Daripada apa yang diketahui, pelanggan berdepan dengan tindakan untuk disenarai-hitam sekiranya gagal membayar langganan perkhidmatan tersebut. Ramai yang tidak menyukai perkara tersebut memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan tidak seperti dijanjikan oleh P1. Ia turut dikatakan hampir 18,000 pengguna tertipu apabila P1 gagal memberikan capaian internet terbaik untuk digunakan.

Menekankan perkara ini, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dilihat meminta kerajaan melalui SKMM untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan. Pada berita yang diterbitkan di Utusan, ia turut dikatakan P1 sanggup untuk tidak mengenakan denda kepada pemilik laman Facebook P1 WiMAX Sucks sekiranya beliau menutup halaman tersebut.

P1 dikatakan akan memberikan kenyataan maklum balas berkenaan aduan ini pada hari ini.

Nota: