GoPro Hero 4 Dilancarkan Secara Rasmi

Minggu lepas kami mendedahkan mengenai gambar produk GoPro Hero 4 yang dibocorkan. Kini kamera tersebut telahpun dilancarkan secara rasmi dan ia tidak hadir berseorangan, malah terdapat sejumlah 3 model yang dilancarkan syarikat tersebut mewakili 3 tahap komitment pengguna kepada fotografi/videografi lasak.

gopro-hero4-black-578-80

GoPro Hero 4 Dilancarkan Secara Rasmi

Kali ini GoPro didatangkan dalam 3 model, GoPro Hero 4 Black, GoPro Hero 4 Silver dan model GoPro Hero asas. Model Black dan Silver pula didatangkan dalam 3 varian iaitu standard, Surf dan Music. Varian ini didatangkan dengan aksesori berbeza antara satu sama lain.

Varian standard didatangkan dengan dengan casing kalis air, Surf pula didatangkan dengan pemegang untuk papan luncur dan Music pula didatangkan dengan bingkai khas yang digunakan untuk memasang dua jenis alat yang digunakan oleh pemuzik.

Hero 4 Black (USD 499)

Walaupun GoPro Hero 3+ dilengkapi keupayaan mengambil video 4K, kadar bingkai sesaatnya, 15fps, terlalu rendah untuk digunakan dalam membuat video yang professional. Model terbaru Hero 4 Black mengandakan keupayaan tersebut dengan kebolehan mengambil video 4K pada 30fps.

Selain itu video 1080p juga telah dipertingkatkan dan kini boleh diambil pada kadar 120fps, membolehkan pengguna menangkap video gerak perlahan dengan lebih lancar dan pada resolusi tinggi. Model ini juga dilengkapi Bluetooth, membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar untuk dijadikan alat kawalan serta untuk melihat gambar dan video yang telah diambil. Ia juga membolehkan pengguna meletakkan tag pada video yang digemari.

Hero 4 Silver (USD 399)

Hero 4 Silver pula merupakan kamera tahap pertengahan dan ia berkeupayaan mengambil video 1080p pada kadar 60fps. Ia juga dilengkapi sebuah skrin sentuh LCD, sama seperti modul yang diletakkan pada model GoPro sebelum ini. Ciri ProTune padanya pula membolehkan pengguna mengawal setting kamera semasa mengambil gambar atau video. Ini merupakan ciri yang baru pada GoPro yang tidak ada pada model-model sebelumnya.

Hero (USD129)

Model asas ini mungkin dikeluarkan bagi sebagai tindakbalas kepada pengeluaran model action cam murah dari China yang memenuhi pasaran lewat ini. Kebolehannya kurang sediit berbanding model lain di mana ia hanya boleh mengambil video 1080p pada kadar 30fps.

Model ini juga boleh mengambil foto 5MP pada kadar 5fps. Walaubagaimanapun, tidak seperti model yang lain, ia tidak didatangkan dengan WiFi atau Bluetooth.

Kamera ini dikatakan akan mula dijual mulai Oktober.

The post GoPro Hero 4 Dilancarkan Secara Rasmi appeared first on TechKini.com.

Nota: