Google Tidak Pernah Membuat Tawaran Pembelian Untuk WhatsApp

Berbeza dengan beberapa laporan sebelum ini, di Mobile World Congress, Sundar Pichai menidakkan penawaran sebarang pembelian untuk mendapatkan aplikasi permesejan popular, WhatsApp. Sebelum ini, WhatsApp telah dibeli oleh Facebook, dan beberapa laporan selepas itu mengatakan Google turut pernah membuat tawaran untuk mendapatkan perkhidmatan permesejan berkenaan.

Walaubagaimanapun, Sundar Pichai mengatakan mereka pernah berbincang dengan WhatsApp untuk bekerjasama – tetapi tidak untuk pengambil-alihan.

WhatsApp sendiri mempunyai lebih daripada 465 juta pengguna, dan merupakan salah satu aplikasi permesejan terpopular didunia.

Sebelum ini, Facebook mengumumkan pengambil-alihan WhatsApp pada nilai $19 bilion, yang mana mengejutkan ramai pihak di seluruh dunia.

Nota: