Google Takeout merupakan salah satu fungsi yang disediakan pihak Google dalam membolehkan pengguna memuat-turun data daripada beberapa perkhidmatan mereka. Hari ini, Google mengumumkan penambahan sokongan baru untuknya.
Melalui Google Takeout, kini para pengguna boleh memuat-turun data Google Calendar mereka, dan menyimpannya pada komputer mereka.
Disamping itu, Google turut mengumumkan sokongan untuk memuat-turun data GMail akan diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan hadapan.
Penambahan dua perkhidmatan baru ini terus melengkapkan sokongan Google Takeout yang sedia menyokong Google+, Google Drive, YouTube dan sebagainya.
Layari : Google Takeout – Calendar