Google Play Store Membawakan Beberapa Fungsi Baru – Termasuk Halaman Profil Aktiviti

Google boleh dikatakan agak aktif mengemaskini kedai aplikasi Android mereka dengan pelbagai perkara baru dari hari ke hari, dan terkini kemaskini Google Play Store 4.5.10 sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Google Play Store Baru

Melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan beberapa perkara baru, termasuk kemaskini kecil pada bahagian antaramuka. Pada bahagian penulisan ulasan dan maklumbalas berkenaan aplikasi, kini ia lebih kemas disamping menyertakan sokongan untuk menyunting dan memadam ulasan yang diterbitkan anda.

Google Play Store BaruDisamping itu, sebuah halaman khas turut disediakan untuk membolehkan pengguna berkongsi aktiviti mereka di Google Play Store bersama-sama rakan yang lain – menggunakan integrasi Google+.

Dan akhir sekali, satu lagi penambahan baru adalah dimana kini pada halaman setiap aplikasi, ia dinyatakan sama ada sesuatu aplikasi menyertakan pembelian dalam aplikasi(In-App Purchase) ataupun tidak, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui mengenainya sebelum memuat-turun aplikasi berkenaan.

Kemaskini Google Play Store yang terbaru ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android seluruh dunia.

Nota: