Google Now Launcher Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android 4.1 Dan Terkini

GoogleGoogle Now Launcher telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini, dimana ia hanya ditawarkan khusus untuk beberapa peranti sahaja. Namun, ia berubah hari ini, apabila pihak Google secara rasminya membuka sokongan Google Now Launcher untuk peranti Android 4.1 Jelly Bean dan terkini.

Google Now Launcher menawarkan paparan antaramuka menyerupai versi asas Android, disamping membawakan akses Google Now dengan hanya swipe ke kanan pada halaman utama skrin telefon atau tablet anda.

Googel Now Launcher juga turut hadir dengan sokongan “Ok Google” pada halaman utama, membolehkan anda menyebutnya, dan memberikan arahan lanjut untuk melakukan sesuatu perkara.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Google Now Launcher ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

The post Google Now Launcher Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android 4.1 Dan Terkini appeared first on Amanz.

Nota: