Google Mula Menjual Kerangka Kalis Air Untuk Google Pixel

Google Pixel dan Pixel XL ialah percubaan awal Google untuk menghasilkan peranti yang direka sepenuhnya oleh mereka. Ia mendapat pujian dari segi kemampuan kamera dan perisian dengan kecerdasan buatan. Komen negatif yang sering didengari mengenai Pixel ialah ia tidak hadir dengan kemampuan kalis air seperti Samsung Galaxy S7 Edge dan iPhone 7.

Menyedari kekurangan ini Google mula menjual kerangka kalis air dan tahan lasak menerusi laman rasmi mereka. Kerangka LifeProof Fre yang dijual mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan tahan hentakan MIL STD 810G. Harga jualan kerangka tahan lasak ini ialah $89.95 (~RM 400) sebuah.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: