Google Mula Menawarkan URL Yang Lebih Mudah Diingati Untuk Profil Google+

Google sebelum ini sedia menawarkan custom URL untuk pemilik Google+ Pages secara terhad. Kini, selepas beberapa bulan, sokongan tersebut dilihat diperkenalkan dengan lebih meluas kepada pengguna Google+.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Google, sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua profil Google+ dan juga Google+ Pages bermula minggu ini.

Google Mula Menawarkan URL Yang Lebih Mudah Diingati Untuk Profil Google+

Untuk mendapatkannya, sekiranya anda merupakan pengguna Google+, anda hanya perlu mempunyai gambar profil, sekurang-kurangnya sepuluh orang pengikut dan juga telah didaftarkan lebih 30 hari.

Sekiranya URL anda telah tersedia, Google akan memaparkan sebuah notifikasi khas, disamping memperlihatkan URL yang sesuai dengan anda untuk dipilih.

Nota: