Google Menyasarkan Penawaran Telefon Modular Project Ara Untuk Umum Pada 2015

Konsep telefon modular telah dipopularkan pada tahun lepas melalui video Phonebloks, sebelum pihak Motorola mengumumkan Project Ara mereka yang ingin membawa konsep tersebut ke realiti. Sejak daripadanya, mereka telah melangkah setapak demi setapak, selain mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak.

Google, walaupun telah menjual Motorola kepada Lenovo, namun mereka mengekalkan Project Ara di syarikat mereka, dan dipindahkan ke bahagian Google ATAP (Advanced Technology and Projects).

Berkongsi mengenai perkembangannya di persidangan pembangun Ara, ia dilihat mereka menyasarkan untuk menawarkan ia kepada pengguna umum seawal tahun hadapan.

Project Ara

Melalui Project Ara, ia ingin memudahkan pengguna dalam mengubah pelbagai komponen mengikut citarasa dan penggunaan mereka – lebih kurang seperti pemasangan dan pembelian desktop.

Google dilihat mengatakan mereka akan cuba mengatasi masalah penggunaan driver menjelang penghujung tahun ini. Peranti ini bakal menggunakan platform Android, dan mungkin ia akan serba sebanyak memudahkan usaha Project Ara ini.

Sebelum ini, pihak Project Ara pernah berkongsi mengenai penggunaan komponen, dimana ia akan dihubungkan kepada kerangka utama melalui penggunaan electro-permanent magnets, serta dilengkapi piawaian UniPro untuk menghubungkan antara modul.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan apakah yang akan dibawakan melalui Project Ara dalam tempoh kurang setahun lagi.

Nota: