Google Mengumumkan Android Auto – Dioptimasikan Untuk Kenderaan

Pada awal tahun ini, Google telah mengumumkan Open Automotive Alliance dalam usaha membawakan sokongan Android ke kenderaan. Hari ini, di Google I/O, pihak Google berkongsi beberapa perkara lanjut mengenainya, termasuk mengumumkan namanya yang akan dikenali sebagai Android Auto.

Android Auto

Untuk Android Auto, pihak Google bekerjasama dengan beberapa pengeluar, termasuk Honda, Hyundai dan juga Audi.

Kereta merupakan salah satu perkara utama dalam kehidupan ramai pengguna, dimana membolehkan pengguna bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Melalui demonstrasi yang dipertontonkan, pengguna hanya perlu menghubungkan peranti mereka ke kenderaan, dan seterusnya ia akan memaparkan pelbagai info dalam bentuk “Cards’, termasuk membolehkan pengguna bernavigasi dari satu lokasi ke lokasi lain.

Android Auto

Android Auto turut menggunakan input berasaskan suara, sekaligus membolehkan pengguna memfokuskan kepada pemanduan, dan tidak terganggu untuk membalas mesej atau membuat beberapa perkara lain yang biasa hadir ke telefon pintar.

Disamping itu, sokongan Google Play Music turut hadir diintegrasikan pada Android Auto.

Google mengatakan sebanyak 25 jenama kenderaan telah menyatakan minat untuk Android Auto, dan mungkin kita akan melihat kenderaan yang menggunakannya hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Nota: