Google Mengemaskini Terma Perkhidmatan – Menyertakan Proses Pengimbasan Emel Untuk Iklan

Google hari ini telah mengemaskini terma dan syarat perkhidmatan mereka, dimana melaluinya mereka menambah beberapa perkara baru, dan salah satunya adalah berkenaan dengan pengimbasan emel untuk iklan.

Seperti semua sedia maklum, Google menjana wang melalui paparan iklan di GMail. Google menerangkan yang mana perisian Google akan mengimbas dan menganalisa kandungan emel dalam memperlihatkan iklan yang lebih relevan, termasuk untuk penambah-baikkan hasil carian di GMail. Walaupun pengguna telah sedia maklum berkenaan dengannya, melalui kemaskini terma hari ini mereka menerangkannya dengan lebih jelas berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, Google telah dikritik ramai kerana mengimbas emel dan sebagainya, tetapi Google dilihat mengatakan pengguna GMail telah sedia maklum berkenaan dengannya ketika mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut.

Nota: