Google Mengemaskini Perkhidmatan Perancangan Perkahwinan Mereka

Beberapa tahun yang lepas, Google telah memperkenalkan sebuah halaman khas dinamakan Google Weddings, memudahkan mereka yang ingin berkahwin untuk merancang dan memudahkan pengurusan perkahwinan mereka. Terkini, Google dilihat mengemaskini perkhidmatan tersebut.

Google Weddings

Menurut Google, pada awal tahun merupakan tempoh dimana ramai pengguna membuat carian berkenaan perkahwinan, dan melalui Google Weddings, mereka ingin memudahkan para pengguna.

Berbeza dengan versi sebelum ini, melalui kemaskini baru perkhidmatan mereka ini, beberapa elemen sosial turut diintegrasikan membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Google seperti Hangouts, Google+ dan Photos.

Pengguna juga turut boleh menerbitkan laman perkahwinan mereka tersendiri menggunakan Google Sites dan memilih beberapa tema yang disediakan gergasi internet berkenaan.

Nota: