Google Mengambil-Alih Syarikat Pengimejen Satelit – Skybox Imaging

Skybox ImagingGoogle teruskan pengambil-alihan beberapa syarikat baru dalam usaha menambah-baik perkhidmatan sedia ada mereka, dan terkini ia dilihat Google telah mengambil-alih sebuah syarikat pengimejan satelit, iaitu Skybox Imaging.

Google dilaporkan membayar sehingga $500 juta untuk mendapatkan syarikat berkenaan. Skybox Imaging sebelum ini menyediakan perkhidmatan rakaman gambar resolusi tinggi menggunakan satelit, yang mana amat berguna kepada beberapa syarikat.

Dengan pengambil-alihan ini, Google mengatakan satelit Skybox akan membantu Google dalam merakamkan imej peta yang lebih terkini, disamping pada rakaman kualiti yang lebih baik.

Google turut mengatakan teknologi Skybox juga akan digunakan dalam menambah-baik akses internet – mungkin diintegrasikan melalui Project Loon yang masih dalam fasa pembangunan. Melalui Project Loon, Google berharap ingin membawa perkhidmatan internet kepada lebih ramai pengguna, terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman tanpa akses internet.

Disamping itu, Google turut mengatakan teknologi Skybox turut akan digunakan untuk beberapa perkara berkaitan kawalan bencana. Google sedia menawarkan beberapa data semasa yang terkini dibeberapa lokasi bencana melalui projek Google.org, dan Skybox dijangka akan terus menambah-baik penawaran berkenaan.

Selain Skybox Imaging, baru-baru ini Google turut telah mengambil-alih syarikat dron popular, Titan Aerospace – yang mana mempunyai beberapa tujuan yang lebih kurang sama dengan pengambil-alihan Skybox Imaging ini.

Nota: