Google Mengambil-Alih Boston Dynamics – Salah Satu Pembuat Robot

Boston DynamicsPada minggu lepas, kita sedia maklum yang mana Andy Rubin (bekas ketua Android) kini sedang mengetuai bahagian pembangunan robot di Google. Kini, dalam usaha terus mengukuhkan teknologi disebaliknya, Google dilihat telah mengambil-alih satu lagi syarikat yang memfokuskan bahagian robotik, iaitu Boston Dynamics.

Google sebelum ini sedia mengambil-alih lebih kurang 7 syarikat yang memfokuskan teknologi robotik, dan Boston Dynamics ini menjadi syarikat yang ke lapan diambil-alih Google untuk projek mereka yang masih kekal rahsia ini.

Buat masa ini, pihak Google masih rahsiakan projek mereka ini. Namun beberapa spekulasi mengatakan Google akan lebih memfokuskan kepada robot-robot di gudang, kilang dan untuk tujuan logistik terlebih dahulu.

Namun, dengan pengambil-alihan Boston Dymnamics ini, mungkin kita akan dapat melihat projek yang lebih menarik daripada Google memfokuskan dunia robotik.

Selain projek untuk robot, pihak Google juga sedia mempunyai beberapa projek yang menarik, termasuk kereta yang dipandu automatik, Google Glass, dan juga usaha untuk melanjutkan usia manusia.

Nota: