Google Menerbitkan Aplikasi Google Camera Di Play Store

Google sebelum ini sedia menerbitkan satu demi satu aplikasi utama Android mereka di Play Store untuk memudahkan proses kemaskini, dan hari ini mereka menambah aplikasi Google Camera dalam senarai tersebut.

Aplikasi Google Camera buat masa ini dilihat hanya menyokong telefon pintar dan tablet yang menggunakan Android 4.4 KitKat sahaja.

Secara kasarnya, daripada pengamatan kami, aplikasi ini membawakan antaramuka yang serba baru berbanding dengan aplikasi kamera asal di Android, selain mana beberapa fungsi baru turut disertakan dimana salah satunya adalah Lens Blur.

Google Camera

Menggunakan Lens Blur, pengguna boleh merakamkan sesuatu gambar dan memilih tahap kekaburan gambar latar. Fungsi lain seperti Panorama, Photo Sphere turut disertakan pada aplikasi ini.

Sekiranya anda menggunakan peranti Android 4.4 KitKat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store hari ini dan menggunakannya.

Nota: