Google Memperkenalkan Google Wifi – Memudahkan Pengurusan Rangkaian WiFi Di Rumah

Google hari ini turut telah memperkenalkan Google Wifi yang menjadi pelengkap kepada sambungan internet di rumah. Google Wifi hadir dengan rekaan yang minimalis, merupakan penghala yang boleh bergabung antara Google WiFi lain dalam menawarkan sokongan rangkaian yang baik dalam rumah.

Google WiFi ini hadir dengan sokongan pintar terbina, membolehkan ia menguruskan rangkaian dengan baik – termasuk pengurusan trafik data dari peranti ke WiFi. Perkara ini membolehkan pengguna menikmati rangkaian WiFi yang stabil ketika dalam rumah walaupun ketika sedang berjalan, atau berada di lokasi yang sukar dicapai dalam rumah.

Melengkapkan Google WiFi adalah sebuah aplikasi khusus – dimana pengguna boleh menggunakannya untuk menghentikan rangkaian ke sesuatu peranti buat sementara, selain pengurusan rangkaian yang lain.

Google Wifi

Google Wifi

Seperti sejumlah peranti Google yang lain, Google WiFi ini turut diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat buat masa ini. Berkemungkinan besar, ia mungkin agak sukar untuk melihat Google menawarkannya secara rasmi untuk pasaran tempatan – melainkan mereka bekerjasama dengan beberapa pihak, seperti Lazada untuk Chromecast sebelum ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: