Google Membawa Paparan Pra-lihat Video Selama 6 Saat Pada Peranti Mudah-Alih

Google Search VideoGoogle sebelum ini telah menyertakan sokongan pra-lihat video pada YouTube, dan kini, syarikat yang terkenal dengan penawaran enjin carian turut membawa sokongan pra-lihat video selama 6 saat terus ke paparan keputusan carian pada peranti mudah-alih.

Ditawarkan bermula hari ini pada peranti mudah-alih, kini sekiranya keputusan carian memaparkan video – pengguna boleh melihat pra-lihat untuk sesuatu video berkenaan sehingga 6 saat, tanpa perlu membuka pautan video berkenaan terlebih dahulu.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Chrome untuk Android, dan aplikasi Google di peranti mudah-alih. Malah, ciri ini hanya berfungsi sekiranya anda mengakses carian Google melalui rangkaian WiFi sahaja.

Memandangkan perkongsian video semakin popular akhir-akhir ini, ia turut digunakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam melabelkan sesuatu video dengan kandungan yang tidak tepat, dan kadang-kala tidak menyertakan kandungan yang dicari kita. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses carian video yang diingini, dan menjimatkan masa daripada terbuka video yang salah.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: