Google Ingin Membawa Android Ke Televisyen – Antaramuka AndroidTV Tertiris

Google sedia berjaya dengan Android pada peranti mudah-alih, selain baru-baru ini telah mengumumkan Android Wear yang akan membawa sistem operasi berkenaan ke peranti pintar bersaiz kecil seperti jam tangan dan sebagainya. Namun, usaha Google dengan Android dilihat bukan sekadar itu sahaja.

Android TV

Hari ini, beberapa gambar antaramuka Android TV tertiris, sekaligus memperlihatkan usaha Google untuk membawa sistem operasi berkenaan ke televisyen.

Mengikut beberapa info yang tertiris, ia dilihat platform daripada Google ini bukan sahaja akan membawakan sokongan untuk menonton kandungan berbentuk video dan filem melaluinya, tetapi turut menyokong aplikasi dan permainan. Beberapa aplikasi utama seperti Hangout, YouTube dan juga Google+ dilihat turut akan hadir terbina pada Android TV.

Android TV

Android TV

Google sedia mempunyai usaha untuk membawa platform mereka ke ruang tamu, termasuk menggunakan GoogleTV dan juga Chromecast. Berkemungkinan dengan AndroidTV, ia akan lebih menarik perhatian daripada pembangun dan pengeluar dalam menggunakan platform mereka di televisyen.

Seperti biasa, pihak Google dilihat tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.

Nota: