Google Hangouts Dikemaskini Dengan Sokongan SMS Dan Perkongsian Lokasi

Hari ini Google mengadakan acara khas memfokuskan kepada beberapa fungsi berkaitan dengan Google+, dan salah satunya adalah Hangouts. Seperti beberapa laporan sebelum ini, hari ini pihak Google secara rasminya mengumumkan sokongan SMS pada aplikasi Hangout mereka.

Google Hangouts Dikemaskini Dengan Sokongan SMS Dan Perkongsian Lokasi

Selain daripada sokongan SMS, pihak Google turut sama berkongsi yang mana kemaskini Hangouts kini turut hadir dengan sokongan GIF dan juga perkongsian lokasi.

Pengenalan ini juga selari dengan pengenalan sokongan pilihan aplikasi SMS pada Android 4.4 sebelum ini.

Jadi, mungkinkah dengan pengenalan sokongan SMS pada Hangouts ini, ia akan menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan permesejan Google?

Nota: