Google Hangouts 2.0 Diterbitkan Di Google Play – Menyertakan Integrasi Sokongan SMS

Bersama-sama dengan Android 4.4 KitKat tempoh hari, pihak Google sedia menawarkan Google Hangouts 2.0 untuk pengguna Nexus 5. Kini, secara rasminya, aplikasi sama turut diterbitkan di Google Play Store, membolehkan pengguna Android yang lain memuat-turun dan menggunakannya.

Google Hangouts 2.0 menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya. Antaranya adalah sokongan SMS dan MMS, integrasi sokongan animasi GIF, selain mana turut membolehkan pengguna berkongsi lokasi semasa menggunakannya.

Bagi para pengguna peranti Android, anda boleh memuat-turun Google Hangouts 2.0 hari ini, dan mula menggunakannya dalam pengurusan permesejan anda, selain menikmati beberapa fungsi baru yang hadir bersama-sama dengannya.

Nota: